ADUN BN-PN Negeri Sembilan adakan pertemuan malam ini

ADUN BN-PN Negeri Sembilan adakan pertemuan malam ini

MOHAMAD Hasan tiba di Wisma UMNO Negeri Sembilan untuk menghadiri perjumpaan bersama ADUN BN dan PN Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mengadakan perjumpaan di Wisma UMNO di sini malam ini.

Perjumpaan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan Datuk Ismail Lasim tengah hari tadi mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Turut hadir ialah pemimpin utama BN termasuk Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga ADUN Rantau dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohamad, perjumpaan itu diadakan bagi merungkai segala masalah yang sedang berlaku di negeri ini termasuk jawatan Menteri Besar.

“Negara kita negara yang berpelembagaan. Negara yang ada undang-undang. Jadi semuanya mesti dilakukan dengan betul.

“Kalau buat secara tertib, saya rasa tak ada isu. Ikutlah tertib, jangan ambil jalan pintas,” katanya kepada pemberita.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini