Carolan tenang 'susun jerat' Pakistan

Carolan tenang ‘susun jerat’ Pakistan

SPEEDY Tigers berpesta gol selepas membelasah 10-0 ke atas Thailand Stadium Gifu Prefectural Green, semalam. - AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua hari tanpa perlawanan menjadi ruang penting buat skuad hoki lelaki negara memperkemas persiapan fizikal dan taktikal sebelum berdepan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Sabtu ini.

Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan mahu tempoh rehat itu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan pemain kembali segar untuk perlawanan yang bakal menentukan kedudukan akhir kumpulan.

Malaysia kini mengungguli Kumpulan B dengan sembilan mata maksimum selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut menerusi pembelasahan 10-0 ke atas Thailand di Stadium Gifu Prefectural Green, semalam.

Kedudukan tersebut menjadi penting buat Speedy Tigers kerana juara Kumpulan B berpeluang mengelak pertemuan dengan India yang menerajui Kumpulan A dan dianggap antara pasukan pilihan utama kejohanan.

“Kami bernasib baik kerana mempunyai masa pemulihan yang lebih sedikit berbanding pasukan lawan yang akan kami hadapi dalam beberapa perlawanan seterusnya.

“Jadi, fokus utama kami adalah memastikan pemain pulih sepenuhnya dan bersedia rapi untuk perlawanan menentang Pakistan. Dengan rehat dan pemulihan selama dua hari, saya yakin pemain akan berada dalam keadaan terbaik menentang Pakistan,” katanya.

Carolan turut mengakui Malaysia tidak bermula dengan rentak terbaik ketika menentang Thailand, namun tiga suku terakhir menyaksikan anak buahnya memperkemas permainan serta lebih berkesan di depan gol.

“Lawan memberi sedikit tentangan, tetapi tiga suku perlawanan berikutnya sangat baik. Kami dapat menemui sasaran dan cuba menerapkan beberapa prinsip permainan sebagai persediaan menghadapi perlawanan-perlawanan besar yang bakal tiba,” katanya.

Selepas mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh singkat, dua hari rehat itu kini menjadi peluang untuk Carolan memperhalusi persiapan sebelum Pakistan menjadi ujian terakhir bagi menentukan kedudukan Malaysia dalam kumpulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×