Hakim Danish lengkap aksi di kedudukan ketujuh GP Qatar

Hakim Danish lengkap aksi di kedudukan ketujuh GP Qatar

Hakim Danish lengkap aksi di kedudukan ketujuh pada GP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar, hari ini. - Ihsan SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli melengkapkan aksinya di kedudukan ketujuh pada Grand Prix (GP) Motosikal Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar, hari ini.

Bernaung di bawah pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, anak jati Terengganu itu melakar masa 33 minit 16.794 saat (s) dan menokok sembilan mata lagi daripada perlumbaan pusingan ke-20 itu.

Keputusan tersebut melonjakkan Hakim Danish ke tangga kelapan dalam senarai pelumba Kejuaraan Dunia Moto3 selepas mengumpul 125 mata keseluruhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wakil Sepanyol, David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP menjuarai saingan tersebut dengan catatan masa terpantas 33:09.479s.

Naib juara menjadi milik Adrian Fernandez dari pasukan Leopard Racing dengan lakaran masa 33:11.995s, manakala tempat ketiga dimenangi oleh juara dunia Moto3, Maximo Quiles dari pasukan CFMoto Gaviota Aspar Team menerusi catatan masa 33:12.064s.

Selepas berakhir perlumbaan di Qatar, Kejuaraan Dunia Moto3 masih berbaki dua lagi pusingan di Portugal (20-22 November) dan Valencia, Sepanyol (27-29 November). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini