Gangsa bukan ukuran sebenar kemajuan Speedy Tigers

Gangsa bukan ukuran sebenar kemajuan Speedy Tigers

#M20 INDIA VS JAPAN for Hero Asian Champions Trophy Punjab 2026 at Olympian Balbir Singh International Hockey Stadium, Punjab on 5th November 2026. ©HockeyIndia/Adimazes No Archive Allowed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pingat gangsa Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 mungkin memberi sedikit kelegaan buat Speedy Tigers, namun kegagalan sekali lagi menembusi final memperlihatkan masih ada kelemahan yang perlu segera ditangani skuad hoki lelaki negara.

Malaysia menamatkan kempen di tempat ketiga selepas menewaskan Korea Selatan 5-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Punjab, India, kelmarin.

Pencapaian itu menyaksikan Malaysia mengulangi kedudukan ketiga buat kali keenam dalam sejarah kejohanan berkenaan, selepas lima kali melakukannya secara berturut-turut dari edisi sulung pada 2011 hingga 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan mengakui kecewa apabila pasukannya gagal melangkah ke final, meskipun menyifatkan jurang antara Malaysia dan Jepun dalam aksi penentuan ke perlawanan akhir tidak begitu besar.

Beliau berkata, kelemahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjadi antara aspek utama yang perlu diperbaiki selepas kekalahan kepada Jepun, sekali gus menafikan peluang Malaysia memburu kejuaraan.

“Sudah tentu kita sentiasa mahu berada di final, jadi agak mengecewakan apabila gagal melakukannya, namun jurang antara pasukan sebenarnya tidak besar.

“Dalam perlawanan penting menentang Jepun tempoh hari, kita sudah mengenal pasti pukulan sudut penalti sebagai aspek yang perlu diperbaiki dan jika dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik, kita berpeluang melangkah ke final,” katanya.

Mengulas perancangan seterusnya, beliau berkata tumpuan kini lebih terarah kepada persiapan jangka panjang menghadapi kelayakan Olimpik tahun depan, dengan Piala Sultan Azlan Shah menjadi antara medan penting untuk menguji pemain muda.

“Kami baru sahaja mengharungi Sukan Asia, jadi persiapan sebenarnya lebih menjurus kepada perancangan jangka panjang untuk kelayakan Olimpik tahun depan.

“Piala Sultan Azlan Shah adalah antara kejohanan dalam perancangan itu. Kami berharap dapat memberi pendedahan kepada beberapa pemain, tetapi pada masa sama perlu mencari keseimbangan kerana kejohanan itu turut disertai pasukan yang kuat seperti Australia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini