China bukan mangsa mudah 

China bukan mangsa mudah 

SELEPAS China, Malaysia akan bertemu Korea Selatan, Khamis ini kemudian Bangladesh (30 Oktober), India (1 November) dan Jepun (2 November). - IHSAN HOKITA KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara mahu mengekalkan fokus dan mengutip mata penuh apabila membuka kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) menentang China di Stadium Hoki Surjit, hari ini.

Kapten negara, Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, sasaran Malaysia kekal sama seperti yang ditetapkan ketika menghadapi Sukan Asia 2026 iaitu layak ke final, memandangkan sebahagian besar pasukan yang bakal ditentang turut beraksi dalam kejohanan tersebut.

“Kita punya sasaran masih sama seperti ketika Sukan Asia kerana kebanyakan pasukan yang bertanding kali ini juga sama seperti di sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini, kita perlu lebih fokus dan mengambil perlawanan satu demi satu supaya kita tidak kehilangan mata,” kata pertahanan negara itu.

Malaysia hadir dengan keyakinan tersendiri selepas membelasah China 5-0 dalam aksi peringkat kumpulan pada Sukan Asia 2026 baru-baru ini.

Bagaimanapun, Marhan mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak leka dengan keputusan terdahulu, sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap cabaran yang menanti dalam kejohanan kali ini.

Pemain berusia 36 tahun itu turut menegaskan aspek kecergasan perlu diberikan perhatian memandangkan jadual perlawanan yang padat boleh memberi kesan terhadap prestasi pemain.

“Dalam masa sama, kita berdepan jadual perlawanan berturut-turut. Jadi, aspek keletihan perlu dijaga dan pemain perlu cepat pulih sebelum beraksi,” katanya.

Selepas China, Malaysia akan bertemu Korea Selatan, Khamis ini kemudian Bangladesh (30 Oktober), India (1 November) dan Jepun (2 November). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini