ACT medan Speedy Tigers baiki ranking dunia

ACT medan Speedy Tigers baiki ranking dunia

Brendon Carolan memberi amanat kepada anak-anak buahnya dalam latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai persiapan ke Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2026 di India, minggu depan. - MINGGUAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan memasang sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke kelompok 12 terbaik dunia menerusi saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 5 November ini.

Malaysia yang kini menghuni ranking ke-14 dunia berpeluang merapatkan jurang mata dengan pasukan di kedudukan ke-12 yang kini dihuni Pakistan, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan mereka dalam kejohanan tersebut.

Brendon berkata, perbezaan sekitar 20 hingga 27 mata antara kedua-dua kedudukan itu menjadikan ACT medan penting buat Speedy Tigers untuk mengutip mata berharga, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan ketiadaan Pakistan, terdapat jurang sekitar 20 hingga 27 mata antara kedudukan ke-14 dengan ke-12. Jadi, kami benar-benar mahu mencabar untuk mencapai kedudukan ke-12 itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Carolan mengakui jadual pertandingan yang padat sejak April lalu turut menguji tahap kecergasan pemain apabila mereka terpaksa mengharungi liga dan beberapa kejohanan antarabangsa secara berturut-turut.

Katanya, pemain sudah melalui saingan liga, Piala Negara-Negara, Piala Dunia dan Sukan Asia, sebelum kembali beraksi dalam liga serta menghadapi ACT dan Piala Sultan Azlan Shah.

“Pemain memang penat. Bagaimanapun, kami mempunyai staf sokongan yang bekerja keras untuk memastikan kecederaan diuruskan dengan baik.

“Kami mengikuti program pengkondisian yang mantap sepanjang enam bulan ini dan ia banyak membantu menangani isu kecederaan,” katanya.

Mengemas kini kecederaan pemain, Brendon berkata, Malaysia kehilangan khidmat Norsyafiq Sumantri yang menjalani pembedahan pada tangannya dan perlu berehat selama tiga bulan.

Saingan ACT bakal disertai Malaysia bersama lima lagi pasukan iaitu tuan rumah, India, Jepun, Korea Selatan, China dan Bangladesh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini