Speedy Tigers perlu lebih kejam di depan gol

Speedy Tigers perlu lebih kejam di depan gol

FITRI Saari (kanan) ketika beraksi menentang Jepun pada aksi Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India, kelmarin. - IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki lelaki kebangsaan perlu memperbaiki ketajaman penyudah jika mahu melangkah ke final Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 selepas gagal memanfaatkan peluang ketika menguasai perlawanan.

Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan mengakui pemainnya sepatutnya mampu menambah jaringan ketika mendahului 1-0, namun kegagalan menyempurnakan beberapa peluang termasuk pukulan sudut penalti menyebabkan Jepun berjaya bangkit dan mencatat kemenangan 2-1, kelmarin.

“Kami sebenarnya menguasai permainan dan sedang mendahului 1-0. Kami turut memperoleh beberapa pukulan sudut penalti, tetapi gagal menyempurnakannya. Sepatutnya kami mampu menambah jaringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami perlu memastikan peluang untuk menewaskan pasukan lawan disempurnakan. Ketika mendahului 1-0, kami sepatutnya mampu menambah satu atau dua lagi jaringan,” katanya.

Mengulas persiapan menghadapi aksi separuh akhir juga menentang Jepun, hari ini, Carolan berkata kedua-dua negara sudah mengenali kekuatan masing-masing dan keputusan perlawanan bakal ditentukan oleh pasukan yang lebih bersedia pada hari pertandingan.

“Secara keseluruhannya, kami sudah mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir dan itulah perkara paling penting.

“Saya sudah memberitahu pemain bahawa satu-satunya cara untuk kami mengubat kekecewaan ini adalah dengan memenangi perlawanan separuh akhir dan melayakkan diri ke final,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini