Speedy Tigers mahu bangkit

Speedy Tigers mahu bangkit

SKUAD Hoki negara giat menjalani latihan sebelum turun menentang Scotland di Cape Town, esok.-IHSAN FB MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan akan memulakan cabaran Piala Negara-Negara esok dengan pertembungan menentang Scotland di Cape Town, Afrika Selatan dalam misi awal memburu permulaan positif di pentas antarabangsa.

Kejohanan itu menjadi pentas sulung buat ketua jurulatih baharu, Brendon Carolan yang mula membimbing pasukan sejak Mac lalu, sekali gus menjadi ujian pertama dalam menilai keberkesanan corak permainan dan hala tuju baharu pasukan negara.

Walaupun tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, Speedy Tigers tetap menyasarkan sekurang-kurangnya slot ke separuh akhir kejohanan namun, Carolan mengingatkan pemainnya supaya tidak leka dengan cabaran hebat daripada beberapa pasukan utama termasuk Jepun serta juara bertahan, New Zealand.

Menurut Carolan, pengalaman pahit ketika tewas 5-4 menentang Jepun dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 di Mesir sebelum ini menjadi pengajaran penting yang perlu segera diperbaiki oleh skuad negara.

“Keputusan menentang Jepun di Mesir sebelum ini agak mengecewakan kami, jadi kami mahu beraksi dengan lebih baik selepas ini. Kami juga mengenali Korea Selatan dengan sangat baik.

“New Zealand mungkin membawa kumpulan pemain yang lebih muda dan meninggalkan beberapa pemain berpengalaman. Kami mahu membina keyakinan sebanyak mungkin dan pada masa sama meletakkan diri dalam kelompok separuh akhir.

“Sasaran utama kami sebenarnya adalah Sukan Asia pada September ini. Kami tidak mahu memuncak terlalu awal, tetapi kami mahu membina momentum dan keyakinan untuk beraksi pada tahap terbaik pada September nanti,” katanya.

Selepas menentang Scotland bagi aksi pertama Kumpulan A, Malaysia dijadual menentang Jepun pada Jumaat ini kemudian New Zealand (16 Jun) dan Korea Selatan (17 Jun).

Dalam Piala Negara-Negara 2024, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketujuh daripada sembilan pasukan, dan pada tahun lalu, Malaysia mencatat keputusan mengecewakan apabila menamatkan saingan di tempat keenam daripada lapan pasukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN