Kota Laksamana, Bandar Hilir penanda aras sokongan Cina

Kota Laksamana, Bandar Hilir penanda aras sokongan Cina

Wee Ka Siong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dan Bandar Hilir yang merupakan dua kerusi tambahan MCA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 akan menjadi penanda aras kembalinya sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) terutamanya masyarakat Cina.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengakui, sukar untuk menembusi penguasaan Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua kerusi itu memandangkan DAP berjaya mempertahankannya dengan majoriti besar sejak beberapa penggal.

Beliau berkata, BN dan MCA berdepan cabaran besar untuk mendapatkan mandat khususnya masyarakat Cina yang mana kerusi itu pada awalnya diperuntukkan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk ditandingi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedar bahawa bukan mudah untuk menawan dua kubu kuat DAP. Namun, kita akan berusaha keras bagi mendapatkan mandat rakyat di kawasan itu.

“Kita akan menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik-baiknya dengan menggembleng tenaga dan jentera bagi meraih sokongan pengundi,” katanya ketika ditemui berhampiran Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Klebang di sini hari ini.

Ka Siong mengiringi calon BN DUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong. Kerusi berkenaan menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Ban Hong yang merupakan penyandang dengan calon Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd. Nasir; calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Young Jie Yu dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Sebelum ini, MCA akur untuk bertanding hanya dua kerusi pada PRN Melaka, 14 November ini.

Dua calonnya ialah seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu Datuk Ngwe Hee Sem bagi kerusi DUN Machap Jaya dan Ban Hong di Klebang.

Ka siong menghargai keputusan BN memberikan dua kerusi tambahan itu kepada MCA, selain pandangan PN yang mengakui MCA lebih berpotensi menang di Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Beliau berkata, semua DUN di bawah Parlimen Kota Melaka sentiasa diberi perhatian, meskipun ia merupakan kubu kuat DAP.

Katanya, Klebang mampu dipertahankan selepas mengambil kira rekod perkhidmatan cemerlang dan hubungan baik Ban Hong dengan masyarakat setempat, walaupun saingan empat penjuru bukanlah sesuatu yang mudah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini