PM arah siasatan menyeluruh letupan di Universiti Help

PM arah siasatan menyeluruh letupan di Universiti Help

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian letupan gas penyaman udara di Universiti HELP dekat sini, Isnin lalu.

Menerusi catatan di platform X hari ini, Anwar berkata, ia bagi memastikan aspek keselamatan semua pihak terjamin.

Beliau turut mendoakan kesembuhan dan kekuatan kepada mangsa letupan, Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan berikutan insiden.

Perdana Menteri juga mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan, pelajar yang meninggal dunia akibat kejadian itu.

“Takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian anak tersayang dalam insiden tersebut, moga diberi ketabahan dan kekuatan, juga semua yang terkesan dengan tragedi ini,” katanya.

Yu Juan, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di universiti swasta itu kira-kira pukul 11.40 pagi.

Mangsa merupakan pelajar tahun ketiga kursus kejuruteraan mekanikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN