Anwar doakan kesembuhan mangsa letupan gas di HELP University

Anwar doakan kesembuhan mangsa letupan gas di HELP University

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan buat mangsa, Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan susulan insiden letupan gas penyaman udara di HELP University.

Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian mangsa akibat tragedi berkenaan serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan itu.

Menurut Anwar, beliau juga menzahirkan rasa simpati kepada semua pihak yang terkesan dengan kejadian tersebut.

“Siasatan segera dan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dalam memastikan aspek keselamatan semua pihak sentiasa terjamin,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporan sembilan termasuk empat penuntut cedera dalam insiden letupan kompresor penyaman udara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi dengan letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN