All Star Influencers Award catat 3.8 bilion tontonan, lonjak pelancongan negara secara digital - Utusan Malaysia

All Star Influencers Award catat 3.8 bilion tontonan, lonjak pelancongan negara secara digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur-All Star Influncers Award (ASIA) 2026 mencatatkan 3.8 bilion tontonan digital sejak diperkenalkan pada 2023, sekali gus memperkukuh peranan pempengaruh dalam mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi media sosial.

Pengasas ASIA. Datuk Abd Rahman Soltan berkata, penganjurann tahun ini menghimpunkan 110 pempengaruh dari 20 negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026-2027.

Menurutnya, platform itu memberi peluang kepada pempengaruh antarabangsa meneroka pelbagai destinasi tempatan sebelum bekongsi keunikan budaya, makanan dan tarikan pelancongan Malaysia kepada jutaan pengguna di seluruh dunia menerusi kandungan kreatif dan autentik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemuncak ASIA 2026 menyaksikan pempengaruh dari Indonesia, Dinda Anwar dinobatkan sebagai penerima Best Influencer Award, membawa pulang trofi dan wang tunai AS$10,000. Dinda turut memenangi konsert Best Culturre Curator, manakala Zulqarnain dari Pakistan meraih tempat kedua dengan hadiah AS$5,000 dan Duc Koi dari Vietnam di tempat ketiga dengan AS$3,000.

ASIA 2026 turut mempertandingkan 13 kategori anugerah yang mengiktiraf kreativiti, kualiti kandungan dan keupayaan pempengaruh mengetengahkan perspektif budaya. Antara pemenang lain ialah Zulqarnain bagi Best Gourmet Story, Duc Koi bagi Best Story Teller, Herony dari Filipina bagi Best Transition dan Haikal Irfan dari Malaysia bagi Best Dedication Award.

Tahun ini, para pempengaruh dibawa menjelajah beberapa destinasi termasuk Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Langkawi, Pulau Pinang dan Sabah. Pencapaian 3.8 bilion tontonan digital itu diharap terus memperkukuh ASIA sebagai platform promosi pelancongan antarabangsa serta memperkenalkan keunikan Malaysia kepada khalayak global.

All Star Influencers Award

Asia 2026

  • Best Influencer Award-Dinda Anwar (Indonesia)
  • Second Place-Zulqarnain (Pakistan)
  • Third Place-Duc Koi (Vietnam)
  • Best Gourmet Story: Zulqarnai (Pakistan)
  • Best New Mixed Dance: Group B-Perak Kuala Lumpur
  • Best Culture Curator: Dinda Anwar (Indonesia)
  • Best Story Teller: Duc Koi (Vietnam)
  • Best Mixed Language: Group A-Johor Negeri Sembilan
  • Best Comedy Maestro:Group E- Perak Kuala Lumpur
  • Best Transition: Herony (Philipines)
  • Best Complication
  • Johor-Negeri Sembilan: Aikah (Malaysia)
  • Perak-Kuala Lumpur: Felicia (Indonesia)
  • Terengganu-Pahang: Durdona (Uzbekistan)
  • Best Langkawi-Penang: Haikal Equino (Indonesia)
  • Sabah: Raymart (Philipines)
  • Best Dedication Award: Haikal Irfan (Malaysia)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini