Anwar, DDII bincang cabaran umat Islam

Anwar, DDII bincang cabaran umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Fathurrahman Mahfudz, petang tadi.

Beliau berkata, pertemuan itu menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai gerakan dakwah Islam di Malaysia dan Indonesia, perkembangan isu antarabangsa serta cabaran umat masa kini.

Katanya, hubungan erat yang terjalin sejak sekian lama turut berteraskan legasi tokoh dakwah dan negarawan Indonesia, Mohammad Natsir serta Buya Hamka, ulama, sasterawan dan pemikir Islam tersohor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua tokoh banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah dan pemikiran Islam di Nusantara,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar DDII terus menyuluh jalan dakwah dan menyuburkan amal bakti melalui penyebaran ilmu serta khidmat kepada mereka yang memerlukan.

“Semoga setiap ikhtiar menjadi teduh buat yang lelah, harapan buat yang resah, serta manfaat yang berpanjangan buat umat terbanyak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini