PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) malam ini mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap bahaya melibatkan empat buah negeri sehingga 29 November ini.
Kawasan tersebut melibatkan daerah Kemaman di Terengganu, selain daerah Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.
Amaran turut dikeluarkan bagi negeri Selangor yang melibatkan daerah Klang, Kuala Langat selain daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta Putrajaya.
Sementara itu, hujan lebat berterusan pada tahap buruk juga dijangka berlaku dalam tempoh yang sama.
Ia melibatkan beberapa buah daerah di Perak, Terengganu, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor yang membabitkan daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing. – UTUSAN










