Pengusaha chalet, resort diarah tayang video bahaya mandi pantai

Pengusaha chalet, resort diarah tayang video bahaya mandi pantai

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua pengusaha chalet dan resort di kawasan pantai serta pulau di negeri ini diarah menyiarkan klip video pendek berkaitan bahaya aktiviti mandi-manda ketika musim Monsun Timur Laut sebagai langkah meningkatkan kesedaran keselamatan pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, inisiatif itu dilaksanakan semula selepas Terengganu mencatatkan sifar kes lemas tahun lalu dan diharap dapat diteruskan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Katanya, tindakan berkenaan adalah antara langkah proaktif bagi mengingatkan pelancong tentang risiko ombak besar dan arus kuat yang sering berlaku sepanjang tempoh MTL.

“Video-video kesedaran itu sudah ada dan pengusaha telah dimaklumkan untuk menayangkannya supaya pelancong sentiasa peka dengan keadaan semasa. Tahun lepas kita berjaya capai sifar korban dan tahun ini kita mahu kekal begitu,” katanya ketika ditemui semalam.

Razali berkata, meskipun musim tengkujuh telah bermula, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi untuk menutup destinasi pelancongan termasuk pulau-pulau peranginan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN