10 rumah terjejas akibat banjir di Tongod

10 rumah terjejas akibat banjir di Tongod

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau keadaan banjir di Kampung Bangkulat, Tongod, Sandakan, Sabah semalam. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Sebanyak 10 buah rumah terjejas akibat banjir kilat yang melanda beberapa kampung di daerah Tongod di sini malam tadi.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tongod, Yuesri Ismail Yusof berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 11 malam selepas hujan lebat berterusan sejak petang.

Menurut laporan awal JPBD, kejadian banjir melibatkan kawasan Kampung Bangkulat dan Kampung Lalaut dengan kira-kira 10 buah keluarga terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Paras air mula naik selepas hujan lebat bermula pukul 5.30 petang hingga 10 malam.

“Setakat awal pagi ini, air banjir telah surut namun terdapat laporan dua mangsa masih hilang dan operasi pencarian sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemantauan akan diteruskan manakala jumlah kerugian dan angka sebenar mangsa banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini