Mangsa banjir Sabah meningkat 4,458 orang, babit lima daerah

Mangsa banjir Sabah meningkat 4,458 orang, babit lima daerah

SITUASI banjir di Jalan Amboi Satu, Tenom, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Banjir di Sabah mencatatkan peningkatan seramai 4,458 mangsa membabitkan lima daerah iaitu Sook, Sipitang, Beaufort, Membakut dan Tenom, setakat pukul empat petang tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, Tenom mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 2,406 orang.

Empat daerah lain iaitu Sook merekodkan 79 mangsa, Sipitang (421), Beaufort (1,231) dan Membakut (321).

Di Tenom, 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan Dewan Jinuin Jimin, Dewan Masyarakat Sri Antenom, Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom Lama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan, Dewan Terbuka Angalor, Rumah Kebudayaan Pantongan Saga, Dewan Sri Antraros dan Rumah Kebudayaan Pagiokon Laut.

Lokasi lain ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chungh Hwa, Tabika Desa Sapong, Dewan Kebudayaan Gumisi Ulu, Dewan Kampung Pamaluyan, Dewan Terbuka Labut 2 dan Rumah Kebudayaan Pantongan Saga.

Sementara itu, PPS di Sipitang yang dibuka melibatkan Dewan SK Padang Berampah, Dewan Mini Mesapol dan Dewan SMK Padang Berampah.

Di Beaufort, tiga PPS dibuka melibatkan Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Dewan Dun Banir serta Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya manakala di Membakut melibatkan Dewan Kesenian Islam dan SMK St. Patrik.

Di Sook, satu PPS dibuka bertempat di Dewan SLDB Dalit Gana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN