Fokus lindungi mangsa, pulih kawasan banjir Sabah

Fokus lindungi mangsa, pulih kawasan banjir Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua agensi Persekutuan dan negeri digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di Sabah dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha kerajaan ketika ini memfokuskan kepada perlindungan mangsa serta pemulihan segera kawasan terjejas, selain memastikan bantuan disalurkan tanpa kelewatan.

“Keutamaan kita adalah keselamatan rakyat, kebajikan mangsa serta pemulihan kawasan terjejas secepat mungkin. Saya mengingatkan semua yang berada di kawasan terbabit agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Saya menyeru rakyat agar terus mendoakan kesejahteraan penduduk di Sabah yang kini berdepan ujian banjir umat Islam menyambut Ramadan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 3,685 orang daripada 1,593 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 406 orang daripada 124 keluarga pada petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah turut memaklumkan, sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi di tiga daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas dan Paitan.

Sebanyak 47 kampung dilaporkan terjejas membabitkan 30 kampung di Pitas, 12 di Kota Marudu serta lima di Paitan selepas banjir melanda ketiga-tiga daerah berkenaan sejak pukul 6 pagi semalam susulan hujan berterusan beberapa hari lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi, manakala ribut petir berpotensi berlaku pada waktu petang dan malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN