Hujan lebat di 13 negeri petang ini

Hujan lebat di 13 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 13 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk dijangka melanda seluruh Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di Kedah, kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Amaran sama turut melibatkan Kerian, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Larut Matang, Selama dan Batang Padang di Perak serta Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang di Kelantan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, MetMalaysia berkata, di Terengganu, kawasan terlibat ialah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan, Maran dan Jerantut.

“Cuaca buruk turut dijangka melanda Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kluang dan Segamat di Johor.

“Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Limbang serta Miri, Marudi dan Subis di bahagian Miri.

“Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Kota Belud dan Ranau), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Tawau (Lahad Datu dan Kalabakan),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini