Langkah Wei Chong-Kai Wun tersekat

Langkah Wei Chong-Kai Wun tersekat

KEPUTUSAN memisahkan Kai Wun dan Wei Chong diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) minggu lalu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kekuatan beregu lelaki negara menjelang kempen Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mencipta kejutan di Terbuka Jepun berkecai apabila sekali lagi dikecewakan pasangan No. 3 dunia dari Korea Selatan, sebentar tadi.

Gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan keenam itu tewas dalam pertarungan tiga set 13-21, 21-18, 13-21 kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam masa 55 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut mereka kepada pilihan ketiga tersebut selepas kali pertama bertemu di Orleans Masters, Mac lalu.

Kekalahan tersebut juga menutup terus pintu separuh akhir buat kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam acara beregu lelaki.

Namun, peluang masih terbuka luas buat trio profesional negara untuk meneruskan cabaran ke separuh akhir Terbuka Super 750 itu, petang ini.

Tiga pasangan yang bakal turun berjuang ialah Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Nur Mohd Azryn Ayub-Tan Wee Kiong serta beregu No. 1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN