Langkah Syaqiera disekat lawan dari Brazil

Langkah Syaqiera disekat lawan dari Brazil

SYAQIERA MASHAYIKH - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan pemanah negara, Syaqiera Mashayikh dalam Sukan Olimpik Paris berakhir apabila tewas kepada atlet Brazil, Ana Luiza Sliachticas Caetano di pusingan penyingkiran 1/16 recurve individu wanita, hari ini.

Syaqiera menduduki ranking ke-130 terpaksa akur dengan kehebatan Caetano yang berada di tempat ke-63 dunia selepas menamatkan perlawanan dengan keputusan 6-5.

Terdahulu, Syaqiera layak ke pusingan 1/16 setelah menewaskan Alexandra Mirca yang berada di ranking ke-54 dunia dari Moldova pada saingan penyingkiran 1/32. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN