Anwar kecewa pertembungan PH-Muda di Larkin

PRN Johor: Anwar kecewa pertembungan PH-Muda di Larkin

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucapan pada program Santai Petang Belia Malaysia Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pertembungan yang berlaku di antara calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengecewakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, kesepakatan yang telah diambil dalam kalangan parti gabungan PH dalam aspek pembahagian kerusi bagi menghadapi PRN Johor bagaimanapun tidak berlaku di Larkin.

“Kami dalam PH tiada masalah, kami runding, kami gaduh dalam mesyuarat akhirnya kami patuh kepada semangat setia kawan. Ini tidak berlaku di Larkin, saya tentulah dukacita.

“Saya fikir rakyat harus menilai kedudukan yang sebenar, bahawa kita perlu satu pembangkang yang kuat, konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli. Setakat ini kita kerja untuk kawasan PKR, DAP dan Amanah,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian selepas program Santai Petang Belia Malaysia Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Pertembungan di antara PH dan Muda itu menyaksikan DUN Larkin akan menyaksikan persaingan enam penjuru di kerusi tersebut.

PH akan ditandingi oleh Dr. Zamil Najwah Arbain, 48, manakala Muda mengetegahkan calonnya iaitu Rashid Abu Bakar, 28.

Empat lagi calon wakil rakyat bagi kerusi DUN Larkin ialah Mohd. Hairi Md Shah, 38 (Barisan Nasional), Zulkifli Bujang, 44, (Perikatan Nasional), Mohamad Riadz Mohamad, 49, (Parti Pejuang Tanah Air) dan Norramadan Buan, 46, (Bebas). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya