Bahagi tugas jaga ibu bapa - Utusan Malaysia

Bahagi tugas jaga ibu bapa

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Apa hukumnya adik-beradik yang mengelak untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua atau sakit dan meletakkan tanggungjawab tersebut pada seorang ahli keluarga saja dengan alasan sibuk bekerja?

Yun
Taman Perling, Johor

Jawapan
Hukum mengelak menjaga ibu bapa yang tua dan sakit adalah terlarang. Sebaliknya berbincanglah dengan adik-beradik dengan baik berhubung pembahagian tugas dalam menjaga, memberi nafkah dan membeli ubat-ubatan secara adil. Semua anak wajib terlibat dalam menjaga ibu bapa berdasarkan kesesuaian dan persefahaman antara mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wajib bayar hutang bukan Islam

SOALAN
Hutang dengan orang bukan Islam adakah perlu juga dilangsaikan setelah yang berhutang meninggal dunia?

Asri
Bukit Katil, Melaka

Jawapan
Wajib menyelesaikan hutang sesama manusia walaupun bukan Islam kerana hutang ini di bawah hak manusia. Jika sudah meninggal, warisnya perlu mencari dan melangsaikannya.

Qada solat yang banyak tinggal

SOALAN
Bagaimana kita mahu qada solat yang banyak ditinggalkan sejak muda lagi?

Suzila
Temerloh, Pahang

Jawapan
Lakukanlah sebanyak mana mungkin solat qada tersebut setiap hari dan pada masa sama perbanyakkan sedekah agar diampunkan segala dosa-dosa yang lampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini