Penghidap kanser hasilkan jus tingkat imunisasi badan

Penghidap kanser hasilkan jus tingkat imunisasi badan

NORHAFIZAH Abd. Rahim menunjukkan 'Beetroot n Mixed Fruit' yang dapat meningkatkan tahap imunisasi badan yang membantu pesakit kanser seperti pernah dialaminya di Kampung Tanjung Air Hitam di Pontian, Johor. - FOTO/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang bekas pesakit kanser payu dara menjadikan pengalamannya selama lapan tahun menghidap penyakit tersebut untuk menghasilkan jus bagi membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Norhafizah Abd. Rahim, 38, menggunakan pengetahuannya dalam bidang teknologi makanan bagi menghasilkan jus yang menggunakan campuran ubi bit, buah nanas, buah naga dan Roselle.

Katanya, penyakit kanser payu dara dihidapinya mula dikesan pada 2014 ketika sedang mengandung anak keempat yang baru berusia 14 minggu ketika itu sehinggakan doktor menasihati agar menggugurkan kandungan itu demi kesihatan bayi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan doktor bertujuan mengelak bayi yang dikandung berhadapan risiko kerana pesakit kanser akan melalui pelbagai proses rawatan terutamanya kimoterapi, Alhamdulillah saya mampu bertahan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan anak dilahir pada usia kandungan 35 minggu normal walaupun hanya berat 1.98 kilogram.

“Bagaimanapun memandangkan telah melalui proses rawatan dan pembedahan, saya tidak dapat menyusukan anak yang baru lahir ketika itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Tanjung Air Hitam, Kayu Ara Pasong, di sini.

Tambah Norhafizah, anaknya yang kini berusia 7 tahun dan diberikan nama Muaz Al Fateh Syahrul Rizal dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana kanak-kanak lain walaupun berhadapan dengan masalah ketika dalam kandungan.

“Anak saya tiada masalah dan telah memasuki alam persekolahan seperti kanak-kanak lain,” ujarnya yang pernah bertugas dengan sebuah syarikat pengeluar makanan.

Katanya, selepas berhenti pada 2016, dia menumpukan perhatian menghasilkan jus dinamakan Beetroot n Mixed Fruit dengan mengeluarkan 50 botol sebulan untuk diedarkan kepada saudara mara dan rakan-rakan.

Jelas Norhafizah, memandangkan sambutan yang semakin baik serta permintaan bertambah, dia telah membuka sebuah kilang dua tahun lalu walaupun proses pengeluaran jus tersebut tidak secara automatik sepenuhnya.

“Selain dijual terus kepada pembeli dalam kalangan pesakit kanser, saya juga ada menghantar kepada hospital swasta yang mengetahui khasiat dan kebaikan mengambil jus ini dan kini saya sedang berusaha mendapatkan sijil halal.

“Pengeluaran ketika ini pun hanya sekitar 200 hingga 250 botol yang dibuat pada hujung minggu memandangkan masih menggunakan kaedah manual di kilang kami di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru,” katanya.

Norhafizah berkata, selain pesakit kanser, jus itu juga bermanfaat kepada pesakit diabetes kerana produk itu dihasilkan daripada empat jenis buah-buahan yang mengandungi khasiat tersendiri.

“Jus ini dijual dengan harga RM169 sekotak yang mengandungi enam botol atau RM28.20 sebotol yang boleh didapati di gerbang perniagaan Shopee dan laman web https://getfibrerich.com/,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×