Idris didakwa buat kecoh di persidangan cawangan

Idris didakwa buat kecoh pada persidangan cawangan

IDRIS Haron ketika cuba berucap pada Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Klebang Kechil. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang dipecat keahlian daripada UMNO didakwa menimbulkan kekecohan apabila cuba mencampuri perjalanan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Klebang Kechil, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.00 pagi itu, Idris yang juga bekas ketua cawangan di situ, tiba-tiba hadir dan ingin menyampaikan ucapan sehingga menimbulkan kecohan.

Situasi tegang berkenaan menyebabkan Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Latif Mohamad mengambil keputusan untuk menangguhkan persidangan kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu, kerana mengganggu perjalanan persidangan.

Beliau berkata, Idris tidak sepatutnya hadir kerana tidak lagi menjadi ahli parti selepas mengetuai tiga lagi ADUN menumbangkan kerajaan negeri pada 4 Oktober lalu.

“Sepatutnya beliau (Idris) akur dan faham proses, dalam mana-mana parti pun jika keahlian seseorang itu sudah terlucut, individu berkenaan tidak lagi perlu hadir dalam mana-mana mesyuarat atau persidangan parti yang diadakan 

“Tetapi apa yang dilakukan oleh Idris, saya fikir ini adalah keadaan luar biasa. Beliau ini seolah-olah tidak faham persidangan cawangan hanya dihadiri oleh ahli-ahli UMNO. Beliau berasakan dirinya masih berada dalam parti.

“Sikap Idris ini, seolah-olah gila talak kerana masih menganggap dirinya ahli UMNO sedangkan beliau sudah dipecat,” katanya ketika sidang akhbar khas berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut melahirkan rasa kesal dengan peristiwa yang berlaku.

Beliau berkata, Idris sepatutnya tidak bertindak mengganggu gugat perjalanan persidangan cawangan kerana beliau telah memilih jalan tidak bersama UMNO.

“Bukan beliau tidak tahu Perlembagaan parti, bila sudah dipecat maka dia tidak perlu hadir pada mana-mana mesyuarat parti termasuk cawangan yang beliau pernah jadi ketuanya.

“Biarlah beliau jalan terus dengan perjuangannya, apapun saya amat kesal dengan tindakannya itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya