Bajet 2022 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mula dibentang - Utusan Malaysia

Bajet 2022 ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ mula dibentang

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan beg yang berisi buku laporan Belanjawan 2022 ketika keluar dari Kompleks Kementerian Kewangan menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan belanjawan tersebut. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ mula dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul yang segak memakai baju Melayu lengkap bersampin membentangkan belanjawan buat kali kedua sejak dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Selain itu, belanjawan tersebut merupakan kali pertama untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak dilantik mengetuai kerajaan pada Ogos lalu.

Terdahulu, Tengku Zafrul meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya menuju ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2022.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan akan memastikan tiada golongan tercicir dengan semua pihak akan mendapat faedah daripada pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Menurut Perdana Menteri, semua Keluarga Malaysia sama ada golongan rakyat mahupun perniagaan, dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan terutamanya pihak yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 mendapat faedah daripada belanjawan tersebut.

Beliau berkata Bajet 2022 akan terus menyokong pemulihan negara melalui dasar fiskal yang mengembang, dan ini dirangka berdasarkan tiga keperluan utama iaitu meneruskan program bantuan dan sokongan untuk memastikan pemulihan negara daripada kesan jangka panjang krisis pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi selaras dengan pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya