Kadar kebolehjangkitan bawah 1.0, pertama kali selepas beberapa bulan - PM - Utusan Malaysia

Kadar kebolehjangkitan bawah 1.0, pertama kali selepas beberapa bulan – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar purata kebolehjangkitan (R-naught) seluruh negara buat pertama kalinya selepas beberapa bulan, berada di bawah 1.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan perkembangan itu, beliau yakin negara berada di landasan tepat ke arah pemulihan negara.

Menurut beliau, berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80 peratus bagi populasi dewasa menjelang hujung bulan ini.

“Saya percaya kadar vaksinasi 100 peratus dicapai akhir Oktober, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia.

“Rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia juga perlu bersedia untuk hidup bersama Covid-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini.

Justeru, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) Malaysia diminta membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata.

Beliau pada masa sama menyambut baik saranan mengenai usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) seperti yang diumumkan KKM semalam.

“Keluarga Malaysia perlu sedar, akhirnya kita terpaksa hidup bersama Covid-19 seperti yang berlaku di seluruh dunia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya