Zii Jia, Ling Ching tempah slot suku akhir di Lucknow

Zii Jia, Ling Ching tempah slot suku akhir di Lucknow

Lee Zii Jia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow, India, esok.

Zii Jia yang kini menghuni ranking No. 42 dunia menewaskan wakil tuan rumah, Pranay Shettigar 21-11, 21-18 dalam masa 36 minit di peringkat 16 terbaik, hari ini.

Pada suku akhir, anak jati Kedah itu bakal berdepan pencabar dari Perancis, Arnaud Merkle yang berada di ranking ke-51 dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mengikut jejak langkah Zii Jia adalah pemain perseorangan wanita Malaysia, Wong Ling Ching yang mengetepikan Tanya Hemanth juga dari India 16-21, 21-13, 21-17 dalam masa 59 minit.

Ling Ching yang berada di ranking ke-48 dunia akan menghitung pertemuan dengan pemain No. 26 dunia, Supanida Katethong dari Thailand pada peringkat lapan terbaik.

Dalam aksi beregu campuran pula, beregu muda negara, Wee Yee Hern-Vanee Gobi mengejutkan wakil tuan rumah yang diletakkan selaku pilihan pertama, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 22-20, 21-15 dalam masa 40 minit.

Beregu ke-61 dunia itu akan berdepan pasangan Indonesia, M. Nawaf Khoiriyansyah-Indah Cahya Sari Jamil di peringkat seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini