Keputusan PKR tidak bertanding dalam PRN Sarawak bukan disebabkan tunduk

Keputusan PKR tidak bertanding dalam PRN Sarawak bukan disebabkan tunduk

ANWAR Ibrahim hadir merasmikan Majlis Peluncuran Dasar Keselamatan Negara 2026-2030 di Hotel Hyatt Regency KL di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kononnya PKR tunduk kepada ancaman Gabungan Parti Sarawak (GPS), susulan keputusan parti itu untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Sebaliknya, Anwar berkata, keputusan berkenaan dibuat atas semangat kerjasama dengan GPS.

“Yeke (tunduk)? Itu kerjasama dan bukan tunduk,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2026-2030 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Chong Chieng Jen menyifatkan keputusan PKR Sarawak untuk tidak bertanding pada PRN akan datang sebagai tindakan Anwar tunduk kepada ancaman GPS.

Sebagai rekod, GPS mempunyai 23 kerusi Parlimen dan merupakan antara blok politik yang menyokong kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar.

Sokongan GPS juga menjadi antara faktor penting dalam memastikan kerajaan Perpaduan terus memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat, khususnya sekiranya berlaku perubahan sokongan daripada parti lain termasuk Barisan Nasional (BN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini