Kalau mak tiri ini jahat, tidak adalah mak mereka bagi saya jaga’ - Utusan Malaysia

Kalau mak tiri ini jahat, tidak adalah mak mereka bagi saya jaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bukan semua orang yang bercerai mak mereka yang jaga. Ada juga yang bapa mereka ambil bela dan yang besarkan adalah mak tiri iaitu saya.”

Demikian kata pelakon, Faezah Elai ketika menegur sikap segelintir netizen yang mempertikaikan peranan dan statusnya sebagai ibu tiri kepada tiga anak suaminya, Heykal Hanifah.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Faezah turut menekankan bahawa tidak semua ibu tiri bersifat kejam terhadap anak-anak yang bukan darah dagingnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini khas untuk puan-puan yang mana kalau bercakap ataupun komen, mulut pergi dulu sebelum otak sebab otak tertinggal dekat jamban masa tengah membuang air besar. Dengar sini.

“Bukan semua mak tiri ini jahat ya. Kalau mak tiri ini jahat, tidak adalah mak mereka datang beri saya jaga anak dia ketiga-tiga orang itu. Faham?
“Saya ini yang jaga mereka, makan, pakai, sekolah.

“Jadi saya tidak perlukan pengesahan (validation) sesiapa untuk muat naik tentang anak-anak tiri saya, faham tidak? Walaupun pengesahan itu daripada mak mereka, tidak perlu,” tegasnya.

Dalam masa sama, Faezah turut menjelaskan bahawa ibu kandung kepada anak-anak tirinya tidak pernah berkecil hati dengan perkongsiannya kerana sudah menatang mereka seperti anak sendiri.

“Mak mereka pun tidak kata apa, tidak pernah terasa hati sebab dia tahu sayalah yang jaga. Jadi anda semua tidak payahlah kalut (sibuk). Saya sendiri pun tidak pernah sebut yang mereka adalah anak tiri, tidak pernah.

“Jadi anda pula beritahu saya, oh kenapa perlu tulis ‘anak perempuan saya’ (my daughter)? Memang anak perempuan sayalah. Habis itu takkan pula saya mahu tulis bapa anda itu anak saya pula, kan?” jelasnya.

Faezah bagaimanapun sempat menasihatkan netizen agar berfikiran rasional sebelum melontarkan sebarang komen apatah lagi melibatkan perihal rumah tangga orang lain.

“Jadi kalau bercakap itu pastikan otak sampai dulu, baru mulut keluar bercakap. Sebab kalau mulut pergi dulu nampak sangat tidak berapa nak cerdik. Siapalah suami anda semua, dia tidak marah ke sibuk hal orang?” tegasnnya.

Faezah mengulas perkara tersebut susulan hantarannya yang berkongsi kejayaan anak tiri yang dijaganya sejak 11 tahun berjaya bergelar peguam sebelum ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen hanya kerana menggunakan perkataan ‘anak perempuan saya’.

Untuk rekod, Faezah mendirikan rumah tangga bersama pengarah popular, Heykal Hanifah pada 9 September 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Auroroa Heyrinna.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Heykal mempunyai tiga orang anak iaitu Luqman Hakim, Sarah Heyrissa dan Luq Adam Heydhani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini