Kanak-kanak 11 tahun maut disengat tebuan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun maut disengat tebuan

WAN Suraya Wan Sudin menunjukkan lokasi anaknya, Rayyan Fitri Mohd. Nazuki maut disengat seekor tebuan di dalam bilik di rumahnya di Kampung Minda, Hulu Dungun di Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut disengat seekor tebuan di kediamannya di Kampung Minda, Hulu Dungun petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Rayyan Fitri Mohd. Nazuki yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Minda Talong disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Bapanya, Mohd. Nazuki Mat Jusoh, 42, berkata, kejadian berkenaan disedari selepas anak keduanya menangis dan hampir rebah ketika menuju ke tandas.

RAYYAN FITRI MOHD. NAZUKI

Katanya, mangsa sebelum itu bermain telefon bimbit bersama kakaknya, Khalis Najla, 13, di dalam bilik sebelum tebuan menyengat tangan kanannya.

“Selepas terkena sengatan itu, Rayyan Fitri mengadu sakit kepala dan badannya panas, jadi anak sulung saya menyuruhnya mandi.

“Bimbang dengan keadaannya, saya dan bapa mentua segera membawanya ke klinik yang terletak 20 kilometer dari rumah tetapi dia disahkan meninggal dunia di sana,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Dungun di sini.

Mohd. Nazuki tidak menyangka perubahan sikap Rayyan Fitri sejak dua hari kebelakangan ini terutama mendengar kata apabila disuruh mandi atau tidur menjadi petanda anaknya pergi buat selamanya.

Dalam pada itu katanya, anak bongsunya, Darwisy Ihsan, 7, juga pernah disengat tiga ekor tebuan, tahun lalu, namun keadaannya tidak serius selepas menerima rawatan di klinik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN