PSG juara Ligue 1 kali kelima berturut-turut

PSG juara Ligue 1 kali kelima berturut-turut

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Ibrahim Mbaye (kiri) dan Desire Doue merikan jaingan gol dalam aksi Ligue 1 menentang RC Lens di Stade Bollaert-Deleli, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan kejuaraan Ligue 1 kali kelima berturut-turut selepas menewaskan pencabar terdekat, RC Lens 2-0 di tempat lawan sekali gus memahat kejuaraan ke-14 dalam sejarah kelab itu.

Penyerang Georgia, Khvicha Kvaratskhelia menjadi watak utama apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-29, sebelum pemain gantian Ibrahim Mbaye memastikan tiga mata penuh dengan jaringan lewat permainan di Stade Bollaert-Delelis.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Luis Enrique mengumpul kelebihan sembilan mata dengan hanya berbaki satu perlawanan, sekali gus menutup terus peluang pencabar mereka.

PSG kini mengukuhkan status sebagai kuasa besar bola sepak Perancis dengan 12 kejuaraan dalam tempoh 14 tahun, era dominasi yang bermula sejak pengambilalihan oleh pemilik dari Qatar.

“Kami mahu menang di sini, tetapi fokus utama kami ialah persediaan ke final Liga Juara-Juara,” kata Ousmane Dembele.

Lebih manis, PSG berpeluang melengkapkan musim penuh trofi apabila bakal menentang Arsenal dalam final Liga Juara-Juara Eropah di Budapest pada 30 Mei ini, dengan impian mencipta sejarah berganda Eropah.

Dalam masa sama, PSG terus mencatat rekod sebagai antara pasukan paling dominan di Eropah, selepas turut menjuarai beberapa kejohanan domestik dan antarabangsa musim ini.

Lens pula mengesahkan tempat kedua liga dan slot Liga Juara-Juara musim depan, walaupun gagal menghalang pesta kejuaraan PSG. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN