Dembele kekal raja Ligue 1

Dembele kekal raja Ligue 1

Pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele (kanan) menerima anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 daripada bekas penyerang Ivory Coast, Didier Drogba (kiri) pada majlis Anugerah Bola Sepak Perancis UNFP edisi ke-34 di Paris, 11 Mei 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) Ousmane Dembele terus mengukuhkan statusnya sebagai antara bintang utama bola sepak Perancis apabila sekali lagi dinobatkan sebagai pemain terbaik Ligue 1 bagi musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu membantu PSG menghampiri kejuaraan liga ke-14 serta mara ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan Dembele menjadi pemain kelima dalam sejarah Ligue 1 yang memenangi anugerah tersebut dua tahun berturut-turut selepas kali terakhir dilakukan oleh Zlatan Ibrahimovic pada 2014.

Dia juga mengambil alih status ikon PSG selepas era Kylian Mbappe yang pernah mendominasi anugerah itu sebanyak lima kali berturut-turut sebelum berhijrah ke Real Madrid.

Walaupun bergelut dengan masalah kecederaan, Dembele masih berjaya mencatat 10 gol dan enam bantuan jaringan dalam musim yang terhad minit permainannya.

“Ini adalah anugerah individu tetapi semua trofi individu yang saya menangi adalah kerana pasukan ini,” kata Dembele.

PSG kini berada di ambang kejuaraan liga apabila hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu keputusan positif bagi mengesahkan gelaran kejuaraan mereka di Perancis musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN