Hoki 5s wanita tewas 7-2 kepada India

Hoki 5s wanita tewas 7-2 kepada India

PEMAIN negara mengawal bola ketika menentang India dalam Kejohanan Hoki 5 sebelah (5s) Piala Asia 2023 di Salalah, Oman sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki 5 sebelah (5s) wanita negara terpaksa akur dengan kehebatan India selepas tumpas 7-2 dalam aksi pertama Kejohanan Hoki 5s Piala Asia 2023 di Salalah, Oman sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang juga merupakan aksi Kelayakan Piala Dunia itu, India menjaringkan tiga gol padang pada separuh pertama menerusi Navjot Kaur, Dhekale Akshata Abaso dan Toppo Dipi Monika.

Sementara skuad negara menjaringkan dua gol padang menerusi Wan Nur Syafiqah Syahirah Wan dan Nur Zafirah Aziz untuk menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 3-2.

Bersambung separuh masa kedua, India menambah empat lagi gol padang kali ini hasil jaringan Mariana Kujur, Monika, Mahima Choudhary dan dan Navjot untuk melengkapkan kemenangan 7-2.

Ketua Jurulatih Skuad Hoki 5’s Wanita Negara, Nabil Fiqri Mohd Noor menjelaskan kesilapan mengutip kad hijau dalam perlawanan memaksa Malaysia bermain dengan kekurangan pemain sedikit sebanyak telah merencatkan momentum permainan.

“India merupakan pasukan pilihan dan pemain telah memberikan tentangan kepada mereka. Kami mempunyai peluang untuk menyaingi mereka, namun momentum permainan hari ini sedikit terganggu apabila kami terpaksa bermain dengan kekurangan pemain ekoran kutipan kad.

“Menjelang pertemuan dengan Thailand bagi aksi kedua esok, saya berharap pemain akan menggunakan sebaik mungkin setiap peluang yang dimiliki untuk menjaringkan gol selain perlu lebih berhati-hati agar tidak mengutip kad dan kami dapat bermain dengan kekuatan penuh, lima pemain.

“Semestinya saya berharap kami dapat mencatatkan kemenangan pada aksi kedua esok agar dapat menaikkan lagi semangat pemain untuk terus memberikan saingan dalam kejohanan,” katanya.

Malaysia akan turun dalam perlawanan kedua esok menentang Thailand sebelum berdepan Jepun dalam aksi seterusnya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya