Saya nampak beberapa pemain bogel – Van Gaal­

Saya nampak beberapa pemain bogel – Van Gaal­

LOUIS VAN GAAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Pengurus Belan­da, Louis Van Gaal terkejut apabila beberapa pemain berada dalam keadaan bogel ketika dia menghubungi mereka menerusi video Facetime untuk memberitahu mereka tidak layak ke Piala Dunia 2022.

Semalam, pengendali berusia 71 tahun itu mengumumkan senarai 26 pemain ke Qatar, di mana 11 terpaksa digugurkan daripada pasukan.

Van Gaal mendedahkan ketika membuat panggilan peribadi untuk berkongsi ­berita sedih itu, ada antara pemainnya tidak lengkap berpakaian.

“Menggugurkan pemain ­bukan sesuatu yang mudah, saya menghabiskan masa ­selama sejam 45 minit untuk memberitahu tentang perkara ini kepada setiap seorang mereka.

“Saya juga ambil maklum tentang perbezaan zon waktu dan lokasi pemain-pemain ini berada, terutama yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, dan di antara mereka masih di atas katil tidur dan tidak berpakaian,” jelas Van Gaal dalam sidang akhbar semalam.

Antara yang digugurkan ­pemain tengah Newcastle, Sven Botman dan bintang Manchester United, Donny Van de Beek.

Bagaimanapun beberapa tonggak seperti Virgil van Dijk, Frankie de Jong, Cody Gakpo, Memphis Deepay serta Mathiijs de Light disenaraikan dalam pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya