Ego Ronaldo rosakkan legasinya sendiri – Matthaus

Ego Ronaldo rosakkan legasinya sendiri – Matthaus

REAKSI Cristiano Ronaldo ketika Portugal disingkirkan oleh Maghribi pada suku akhir Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Legenda Jerman, Lothar Matthaus mendakwa, Cristiano Ronaldo adalah kegagalan terbesar Piala Dunia 2022 dan telah merosakkan legasinya.

Ketika Ronaldo dan Portugal tersingkir di suku akhir, nasib Lionel Messi serta Argentina jauh berbeza apabila meraikan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Perancis.

Itu mengesahkan Messi sebagai ‘pemain milenium’ di mata pemenang Piala Dunia 1990, Matthaus yang lebih suka ­menyindir Ronaldo.

“Ronaldo sudah tentu kegagalan terbesar Piala Dunia, bertentangan dengan Messi. Dia (Messi) pemenang mutlak.

“Dia layak kerana telah memberikan saya dan semua peminat bola sepak kegembiraan dengan kualitinya dan cara dia bermain selama 17-18 tahun. Bagi saya, Messi pemain milenium,” jelasnya.

LOTHAR MATTHAUS 

Ronaldo berdepan pelbagai kontroversi sepanjang enam minggu di peringkat kelab dan antarabangsa, setelah dilepaskan Manchester United sebelum tiba di Qatar ekoran temu bual dengan Piers Morgan.

Selepas menjaringkan gol dalam aksi pembukaan menentang Ghana, Ronaldo berang apabila dikeluarkan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan dan diletak di bangku simpanan untuk dua aksi berikutnya di peringkat kalah mati.

RONALDO kecewa selepas Portugal disingkirkan oleh Maghribi pada suku akhir Piala Dunia 2022. 

Matthaus mengakui, dia tidak pasti siapa yang sanggup mendapatkan khidmat Ronaldo, 37, ketika ini dan memberi penilaian buruk terhadap pemenang Ballon D’Or lima kali itu.

“Dengan egonya, Ronaldo telah merosakkan pasukan dan dirinya sendiri. Tidak dinafikan dia pemain yang hebat dan penyudah yang sangat berbisa.

“Tetapi kini dia telah merosakkan legasinya. Saya sukar untuk berfikir bahawa dia boleh mencari tempat dalam pasukan lain. Saya agak kasihan dengan Ronaldo,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya