Argentina berpesta, diberi cuti umum

Argentina berpesta, diberi cuti umum

ORANG ramai mengerumi bas tidak berbumbung yang membawa pasukan Argentina mengelilingi bandar Buenos Aires sebaik sahaja mereka tiba dari Qatar selepas menjuarai Piala Dunia 2022. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Ribuan peminat mengerumuni bas yang membawa pasukan Argentina, malah ada yang memasang khemah di padang latihan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) bagi memastikan mereka tidak terlepas detik menyambut kepulangan wira-wira Albiceleste dari Piala Dunia Qatar.

Di tepi jalan, ribuan peminat dilihat tidur dalam kereta dan ada yang datang dengan me­nunggang kuda untuk menjadi sebahagian daripada pesta.

Argentina menamatkan pe­nantian 36 tahun untuk bergelar juara dunia, menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti kelmarin, kejayaan yang disambut dengan pesta bunga api, malah kerajaan mengisytiharkan semalam sebagai cuti umum.

Sebaik sahaja mendarat di Buenos Aires awal pagi semalam, kap­ten mereka, Lionel Messi orang pertama turun dari pesawat sambil memegang trofi emas. Pemain kemudian berjalan di atas hamparan permaidani merah.

Ratusan pengamal media, pegawai dan pancaragam turut me­nyambut pasukan.

Semasa bas pasukan bergerak meninggalkan lapangan terbang, mereka dikerumuni penyokong yang bersorak dengan berpakaian warna kebangsaan biru dan putih.

Terdapat video menunjukkan bas itu bergerak perlahan diiringi polis pengiring dan dikelilingi puluhan ribu orang sambil mengibarkan bendera Argentina serta membakar mercun.

Suasana itu dipenuhi dengan sorakan dan nyanyian orang ramai yang turut menari, sambil pemain pula berdiri di bas terbuka dan melambai kepada penyokong.

 

Pada hari pertama tiba, pasukan Argentina bermalam di padang latihan AFA dengan disertai penyokong yang telah memasang khemah di tapak sama, sebelum pasukan tiba.

Ada yang berbaring di atas selimut di atas rumput, malah ada juga yang berehat di kerusi berkelah di sekeliling kawasan.

“Saya tidak percaya kami telah menderita begitu banyak.

“Sukar dipercayai tetapi pasukan ini bertindak balas. Saya bangga dengan kerja yang mereka lakukan.

“Saya ingin orang ramai menikmati detik bersejarah,” kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.