Sabah berdepan tentangan sengit sebelum mara - Utusan Malaysia

Sabah berdepan tentangan sengit sebelum mara

Sabah FC mara ke pentas suku akhir selepas mengatasi UiTM FC dengan agregat, 3-2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sabah FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan UiTM FC, pada aksi timbal balik pusingan ke-16 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Keputusan seri 1-1 diraih skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee ini memastikan Sang Badak mara dengan agregat 3-2 selepas menang 2-1 pada aksi pertama di Stadium UiTM FC, Rabu lalu.

Hujan lebat sebelum perlawanan menyebabkan aksi terpaksa ditunda hampir 45 minit namun ia tidak mengganggu fokus kedua-dua pasukan yang masih berpeluang mara ke kelompok lapan terbaik.

Tuan rumah yang memiliki kelebihan pada aksi pertama enggan mengambil sikap sambil lewa apabila melancarkan serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan pengadil.

Keadaan padang yang ditakungi air menyebabkan banyak gerakan menarik yang dihasilkan kedua-dua pasukan tersekat di kawasan tengah padang.

Serangan bertali arus dilancarkan tuan rumah dan pelawat nyata gagal memecah kebuntuan jaringan untuk memaksa kedua pasukan beredar masuk kebilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Ketangkasan penjaga gawang UiTM FC, Robson Rendy nyata menghampakan tuan rumah apabila dia berjaya menafikan deretan peluang dimiliki Sang Badak.

Tekanan berterusan Sabah FC ke atas pertahanan pelawat nyata memberi impak apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Uitm FC ketika cuba menghalang gerakan.

Farhan Roslan yang ditugaskan mengambil sepakan mudah menewaskan Robsan pada minit ke-66 yang sebelum ini beraksi cemerlang.

Berada didepan dengan kelebihan satu gol tidak membuatkan Sabah selesa malah terus melancarkan serangan bagi menggandakan kelebihan.

Ketinggalan 0-1 tidak melemahkan semangat UiTM FC yang tetap mencipta gerakan dan melancarkan serangan memburu gol penyamaan.

Usaha anak didik Ismail Ibrahim akhirnya terhasil apabila pemain gantian, Farez Aiman menjaringkan gol penyamaan dipenghujung perlawanan namun ia tidak cukup untuk menghalang kemaraan Sabah FC beraksi di pentas suku akhir menentang Kuching City FC. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya