Hiraki atlet termuda raih pingat Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

Hiraki atlet termuda raih pingat Olimpik 2020

Kokona Hiraki ketika bersaing dalam acara papan selaju Sukan Olimpik di Ariake Sports Park, Tokyo hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kokona Hiraki gagal memenangi emas, namun dia menjadi tumpuan apabila muncul atlet termuda memenangi pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila meraih perak acara papan selaju wanita hari ini.

Hiraki yang berusia 12 tahun bersaing dengan penuh yakin di Ariake Urban Sports Park apabila meraih perak di belakang rakan senegaranya, Sakura Yosozumi , 19.

Jepun sepatutnya boleh menyapu bersih emas, perak dan gangsa dalam acara yang diperkenalkan buat kali pertama di Olimpik, namun peluncur berusia 15 tahun, Okamoto Misugu terjatuh di pusingan kelayakan dan menyebabkan dia menduduki tangga keempat keseluruhan.

(Dari kiri) Kokona Hiraki bersama Sakura Yosozumi dan Sky Brown meraikan kejayaan memenangi pingat papan selaju Olimpik 2020. – AFP

Itu membolehkan atlet termuda Great Britain, Sky Brown, 13, membawa pulang pingat gangsa.

Penerjun Amerika Syarikat, Marjorie Gestring, 13, memegang rekod sebagai pemenang pingat emas termuda Sukan Olimpik ketika menjuarai acara papan anjal pada 1936.

Pemenang pingat termuda dalam sejarah Olimpik pula dipegang atlet Greek, Dimitrios Loundras yang meraih gangsa dalam gimnastik berpasukan pada usia 10 tahun di temasya 1896. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.