Mun Yee beri hadiah kepada peminat - Utusan Malaysia

Mun Yee beri hadiah kepada peminat

LEONG Mun Yee menghargai peminat dengan memberikan cenderamata yang dibeli dari Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerjun negara, Leon Mun Yee akan menunaikan janji untuk memberi cenderamata Sukan Olimpik Tokyo 2020 kepada peminatnya.

Dia yang beraksi buat kali kelima di pentas Olimpik menyediakan beberapa hadiah untuk diberikan kepada peminat yang mengikutinya di ­Instagram (IG), Twitter dan TikTok.

“Hai semua, terima kasih atas sokongan tidak berbelah bagi anda kepada saya selama ini. Di sini barangan cende­ramata Olimpik yang akan saya hadiahkan menerusi akaun IG dan TikTok saya.

“Saya akan memilih secara rawak menerusi setiap komen anda. Pastikan anda turut mengikuti #olympics, #merchandise dan #giveaway,” katanya di media sosial.

Antara hadiah yang disediakan termasuk tuala, jersi, rantai kunci dan maskot Sukan Olimpik Tokyo 2020, Miraitowa.

Mun Yee, 36, yang berasal dari Ipoh, mengakhiri kempen terakhir Olimpik buatnya dengan menduduki tangga kelapan bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama.

Dia bersaing kali pertama di pentas Olimpik pada temasya Sydney 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.