Kaley Cuoco mahu beli kuda Olimpik yang ‘ditumbuk’ - Utusan Malaysia

Kaley Cuoco mahu beli kuda Olimpik yang ‘ditumbuk’

Annika Schleu bergelut untuk mengawal kuda bernama Saint Boy ketika beraksi dalam acara pentatlon moden pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelakon terkenal Amerika Syarikat (AS), Kaley Cuoco menawar diri untuk membeli kuda bernama Saint Boy yang ditumbuk jurulatih dari Jerman dalam Sukan ­Olimpik Tokyo 2020.

Kelmarin, pelakon berusia 35 tahun itu mengecam Kim Raisner ke­rana insiden yang berlaku dalam pertandingan pentatlon moden pada 7 Ogos lalu.

Dalam rakaman NBC News, Raisner dilihat ‘menumbuk’ Saint Boy dan mengarahkan atletnya, Annika Schleu me­lakukan perkara sama selepas kuda itu enggan mengikut arahan.

Tindakan Raisner mengundang kritikan dan Yayasan Pentatlon Moden memberi kad hitam kepadanya, sekali gus menyingkirkan jurulatih itu dari temasya.

“Saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk memberi komen mengenai insiden memalukan ini.

“Ini bukan acara show jum­ping Olimpik. Mereka memberi gambaran buruk yang tiada kelas tentang sukan kami. Pasukan ini patut malu kepada diri sendiri.

“Kamu dan pasukan kamu tidak membanggakan negara atau sukan ini,” kata bintang filem The Big Bang Theory dan The Flight Attendant itu kelmarin.

KALEY CUOCO

Cuoco yang memiliki beberapa kuda dan bertanding dalam acara show jumping turut meluahkan kemarahan dalam gambar yang dimuat naik Schleu bersama Saint Boy di Instagram.

“Tingkah laku tanpa kelas yang murni di sini.

“Memalukan di semua pe­ringkat. Ini sukan kami, tetapi ini (perbuatan) tidak mewakili sukan kami.

“Penunggang dan jurulatih memalukan. Saya akan beli kuda ini sekarang juga dan beri kehidupan yang sepatutnya. Berikan harga anda,” tulisnya.

Cuoco yang menunggang kuda sejak remaja, berkahwin dengan penunggang kuda profesional, Karl Cook, 30 pada Mac 2016.

Mereka mengadakan majlis perkahwinan di ladang kuda seluas 40 ekar pada Jun 2018 dan pasangan itu memiliki 25 ekor kuda di Hidden Hills. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya