BN sah bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka –Zahid Hamidi - Utusan Malaysia

BN sah bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka –Zahid Hamidi

AHMAD Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas menghadiri Majlis Melaka Bermunajat di Masjid Salmah Kamis, Durian Daun, Masjid Tanah malam ini. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) memuktamadkan rundingan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

BN akan bertanding di 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, baki tujuh kerusi akan ditandingi rakan kerjasama mereka, sekali gus mengesahkan pembahagian kerusi antara kedua-dua pihak telah dimuktamadkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, BN juga akan mengumumkan senarai calonnya ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Sabtu ini.

“Saya ingin memberitahu rakan-rakan media bahawa BN akan mengumumkan calon pada 24 haribulan.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa perundingan antara BN dan Pas khususnya telah dimuktamadkan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding 21 kerusi dan mereka bersama rakan-rakan mereka akan bertanding tujuh kerusi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Melaka Bermunajat di Masjid Salmah Kamis, Durian Daun, Masjid Tanah di sini malam ini.
Hadir sama, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Mengulas mengenai penggunaan logo dalam PRN Melaka, Ahmad Zahid berkata, BN akan menggunakan logo parti itu, manakala keputusan mengenai logo yang akan digunakan rakan kerjasamanya diserahkan kepada kepimpinan parti berkenaan.

“Logo kita, logo BN. Mereka terserah kepada kepimpinan mereka untuk memutuskannya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah pertemuan yang diadakan sepanjang rundingan berkenaan, sebaliknya menegaskan perkara itu telah dimuktamadkan.

“Yang penting telah dimuktamadkan,” katanya.

PRN Melaka kali ini menyaksikan sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan susulan pembubaran DUN pada 23 September lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini