Cordon bawa impian Guatemala ke separuh akhir Olimpik - Utusan Malaysia

Cordon bawa impian Guatemala ke separuh akhir Olimpik

KEVIN Cordon terbaring di tepi gelanggang selepas tidak percaya dia kini melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik dengan menewaskan Heo Kwang-hee dari Korea Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Ibu bapa Kevin Cordon tidak pernah menyaksikan anak mereka bermain badminton sebelum ini, namun mereka kini mungkin akan membuka televisyen selepas pemain No. 59 dunia itu melakar kejayaan sensasi dalam Sukan Olimpik dengan melangkah ke separuh akhir sebentar tadi.

Pemain Guatemala tersebut meneruskan pengembaraan hebatnya di Tokyo 2020 selepas menewaskan Heo Kwang-hee dari Korea Selatan 21-13, 21-18 pada suku akhir.

Cordon, 34, kini hanya selangkah untuk meraih pingat kedua buat negaranya dalam sejarah temasya sukan terbesar dunia itu dan akan menentang juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark esok. Axelsen mara selepas menyingkirkan pemain China, Shi Yuqi 21-13, 21-13.

“Saya masih ‘budak’, bermain macam budak-budak yang cuba berseronok dan melakukan yang terbaik di atas gelanggang.

“Kamu percaya saya berada di separuh akhir sekarang? Rasanya sangat luar biasa,” kata Cordon yang meninggalkan rumah orang tuanya seawal usia 12 tahun untuk mengejar impian bermain di Sukan Olimpik.

Biarpun Kwang-hee tidak diletak sebagai pilihan di Tokyo, namun kejayaannya mengejutkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota untuk mara ke suku akhir meletakkan pemain No. 38 dunia itu sebagai pilihan untuk menewaskan Cordon.

AKSI Kevin Cordon ketika membalas pukulan Heo Kwang-hee dari Korea Selatan. – AFP

“Kalau anda bandingkan Guatemala dengan mana-mana negara Eropah atau Asia, ia tidak akan sama…ini realiti kami.

“Tetapi kami datang ke sini dengan satu sasaran, kita adalah sama jika kamu bermain dengan sepenuh hati,” katanya.

Satu-satunya pingat yang pernah dimenangi Guatemala dalam Sukan Olimpik adalah ketika Erick Barrondo meraih perak acara 20 kilometer jalan kaki di London 2012.

“Saya 100 peratus percaya mereka (ibu bapanya) tidak menonton perlawanan ini.

“Mereka sangat tua. Mereka tidak pernah melihat saya bermain badminton sepanjang karier saya. Bukan bermaksud mereka tidak sayang saya, mereka mudah gemuruh. Bila saya main, abang saya akan tengok dan beritahu mereka Kevin menang atau kalah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.