Perak kukuhkan perlindungan habitat Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Perak kukuhkan perlindungan habitat Harimau Malaya

SAARANI Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Usaha melindungi habitat Harimau Malaya turut difokuskan di dalam Belanjawan Perak 2027, demi memastikan spesies terancam itu terpelihara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, komitmen itu melibatkan empat kawasan hutan simpan, iaitu Amanjaya, Gerik, Banding dan Temengor.

“Dalam usaha memelihara biodiversiti, Perak turut memperkukuh perlindungan habitat Harimau Malaya melalui inisiatif Conservation Assured Tiger Standards (CATS) melibatkan empat kawasan hutan simpan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahun 2026, pencalonan Kompleks Hutan Temengor dan Hutan Simpan Amanjaya telah diterima oleh International Big Cat Alliance (IBCA),” katanya semasa membentangkan belanjawan itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan bahawa populasi Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jaksoni di Perak dipercayai telah bertambah hasil kempen kesedaran serta operasi membanteras pemburuan haram.

Setakat awal 2025, jumlah spesies itu dikatakan meningkat berbanding 37 ekor yang direkodkan menerusi Survei Harimau Kebangsaan Pertama pada tahun 2016 hingga 2020.

Sementara itu Saarani berkata, Perak mempunyai kawasan berhutan seluas 1.015 juta hektar atau 48 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri.

“Daripada jumlah tersebut, 988,723.93 hektar merupakan Hutan Simpanan Kekal yang terus diuruskan secara berkekalan, termasuk melalui pensijilan pengurusan hutan dan pelaksanaan program pemuliharaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini