10 wanita berpengaruh dalam sejarah dunia

10 wanita berpengaruh dalam sejarah dunia

RATU ELIZABETH II
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI SEBALIK pelbagai perubahan yang mencorak dunia hari ini, ramai wanita berani mencabar norma dan membuka jalan kepada generasi selepas mereka.

Sumbangan mereka hadir dalam pelbagai bentuk, daripada perjuangan mendapatkan hak dan kesaksamaan hinggalah pencapaian luar biasa dalam bidang sukan, sains, seni dan politik.

Berikut antara 10 wanita berpengaruh dalam sejarah yang bukan sahaja meninggalkan kesan besar pada zaman mereka, malah terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi hari ini.

MAYA ANGELOU (1928-2014)

Menerusi puisi penuh kekuatan dan autobiografinya yang menyentuh hati, Angelou meninggalkan kesan besar dalam dunia sastera, selain membuka ruang dan memberi inspirasi kepada penulis kulit hitam di seluruh dunia.

MAYA ANGELOU

LUCILLE BALL (1911-1989)

Walaupun begitu menyerlah di layar menerusi siri popular, Love Lucy, Lucille sebenarnya merupakan antara tokoh berpengaruh di belakang tabir. Bukan sekadar pelakon dan penghibur, beliau turut mencipta sejarah dalam industri televisyen.

Lucille menjadi wanita pertama memiliki sebuah studio produksi utama, Desilu Productions, sekali gus membuka jalan kepada lebih ramai wanita untuk memegang peranan penting di sebalik tabir industri hiburan.

LUCILLE BALL

RATU ELIZABETH II (1926-2022)

Ratu Elizabeth II menerajui keluarga diraja Britain selama 70 tahun, sekali gus menjadi pemerintah paling lama memerintah dalam sejarah negara itu.

Pada Jun 2022, baginda meraikan Jubli Platinum sempena 70 tahun pemerintahannya. Namun, hanya tiga bulan kemudian, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun.

ROSA PARKS (1913-2005)

Rosa menjadi antara tokoh penting dalam Gerakan Hak Sivil Amerika Syarikat pada 1950-an selepas enggan menyerahkan tempat duduknya di dalam bas kepada penumpang berkulit putih.

Keberaniannya mencetuskan Boikot Bas Montgomery, yang kemudian menjadi antara titik penting dalam usaha menamatkan dasar pengasingan kaum yang dikuatkuasakan secara sah.

ROSA PARKS

HALLE BERRY (1966-KINI)

Selain dikenali sebagai pelakon berbakat dan ikon fesyen, Halle Berry, turut mencipta sejarah tersendiri di Hollywood. Pada 2002, beliau menjadi wanita kulit hitam pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik Oscar menerusi lakonannya dalam filem Monster’s Ball.

EMELIA EARHART (1897-1939)

Sebagai wanita pertama yang menerbangkan pesawat merentasi Lautan Atlantik, Amelia mencipta sejarah dan meninggalkan kesan besar dalam dunia penerbangan.

Keberaniannya menjadikan beliau antara tokoh wanita paling dikenali dalam sejarah penerbangan. Namun, kehilangan misterinya ketika melakukan penerbangan merentasi Lautan Pasifik pada 1937 terus menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

MICHELLE KWAN (1980-KINI)

Michelle mendominasi arena luncur ais sepanjang 1990-an dan dengan pantas muncul sebagai antara peluncur ais berbakat paling berjaya dalam sejara AS.

Kehebatannya di pentas antarabangsa turut menjadikan beliau wakil penting bukan sahaja untuk AS, tetapi juga masyarakat Asia-Amerika.

MALALA YOUSAFZAI (1997-KINI)

Malala mula memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan di Pakistan ketika baru berusia 11 tahun. Selepas terselamat daripada cubaan membunuh beberapa tahun kemudian, beliau terus menyuarakan hak dan nasib golongan wanita muda di seluruh dunia.

RITA MORENO (1931-KINI)

Pada usia 94 tahun, Rita Moreno kekal sebagai antara legenda Hollywood yang paling dikenali. Bakatnya dalam nyanyian, tarian dan lakonan menyerlah menerusi filem klasik seperti Singin’ in the Rain (1952) dan West Side Story (1961), sekali gus membuktikan kehebatannya dalam pelbagai cabang seni persembahan.

RUTH BADER GINSBURG (1933-2020)

Ginsburg mencipta sejarah apabila dilantik sebagai wanita Yahudi pertama menganggotai Mahkamah Agung AS. Sepanjang kerjayanya, beliau melalui pelbagai detik penting yang mencorakkan sejarah negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×