Trend jamuan di sekolah, sama ada jamuan hari raya mahupun jamuan akhir tahun, sering kali dianggap sebagai aktiviti yang menyeronokkan buat murid. Namun di sebalik kemeriahan itu, wujud satu dilema yang semakin dirasai khususnya dalam kalangan ibu bapa, terutamanya golongan ibu. Tanggungjawab menyediakan makanan untuk jamuan kelas yang dahulunya dilihat sebagai perkara mudah, kini menjadi satu tekanan. Hal ini kerana wujud pelbagai keperluan dan pantang larang pemakanan dalam kalangan kanak-kanak.…










