Kecederaan Aaron-Wooi Yik ancam misi Olimpik

Kecederaan Aaron-Wooi Yik ancam misi Olimpik

KECEDERAAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu menjejaskan persiapan menjelang kelayakan ke Sukan Olimpik 2028, tahun depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu kecederaan yang melanda beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukan sahaja mampu menjejaskan peluang mereka beraksi pada Jelajah Dunia Akhir (WTF) BWF, Disember ini, tetapi juga persiapan menjelang kelayakan ke Sukan Olimpik 2028, tahun depan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, penarikan diri Aaron-Wooi Yik pada pusingan awal di Kumomoto Jepun Masters akibat kecederaan telah menjejaskan peluang mereka untuk beraksi pada WTF.

“Beregu Denmark (Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard) sudah masuk ke suku akhir, sekarang kutipan mata mereka di atas Aaron-Wooi Yik, memang sangat tipis. Kita tengok nanti di Hong Kong, harap mereka bisa bermain baik,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pengendali kelahiran Indonesia itu, lebih membimbangkan adalah perancangan jangka panjang beregu No. 4 dunia itu bagi memburu tempat ke Sukan Olimpik yang bermula tahun depan.

Beliau amat berharap kecederaan yang dialami Wooi Yik tidak terlalu serius, begitu juga isu bahu Aaron yang menjadi punca mereka menarik diri pada Jepun Masters.

“Tahun depan sudah mulai kelayakan Olimpik, kita sekarang beruntung sekurang-kurangnya kita punya tiga pasangan, tetapi, dengan kecederaan kita harus lebih titik beratkan bagaimana untuk menangani masalah itu,” ujarnya.

Selain Aaron-Wooi Yik, Malaysia juga mempunyai dua lagi gandingan yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (No. 5 dunia) dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (No. 9 dunia).

Rexy memberitahu, faktor peningkatan usia juga mampu merencatkan kemajuan Aaron-Wooi Yik jika isu kecederaan gagal diatasi dengan baik dan semuanya bergantung kepada pasangan itu untuk terus konsisten dalam setiap kejohanan yang disertai.

“Wooi Yik sememangnya semua sedia maklum ada masalah di telapak kakinya dan Aaron saya difahamkan dia ada isu dengan bahunya, tetapi, saya perlu rujuk kepada fisio ISN, saya mahu tahu kondisi sebenar,” katanya.

Selain kelayakan Olimpik, Rexy berkata, tahun depan juga bermulanya sistem 15 mata diperkenalkan dan Terbuka Malaysia bakal menjadi medan untuk beliau meneliti sejauh mana perubahan yang belaku memberi kesan kepada para pemain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini