Ketepi fahaman politik, turun padang bantu rakyat dilanda banjir

Ketepi fahaman politik, turun padang bantu rakyat dilanda banjir

NUR Aishah Zainol bersama Khidmat Malaysia tampil membantu menggerakkan rombongan misi bantuan banjir di Jitra, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJIR yang mula melanda di beberapa lokasi semenanjung susulan luruan monsun yang membawa hujan lebat dan angin kencang menyebabkan banyak kawasan pendalaman digenangi air akibat berlakunya limpahan taburan hujan.

Namun pada kali ini, keadaannya dilaporkan jauh lebih besar sehingga dikatakan hampir dua kali ganda berbanding yang pernah terjadi sekitar pada 2014 terutamanya di Kelantan bahkan Kedah turut menerima tempiasnya.

Mengambil rasa tanggungjawab itu, tidak ketinggalan Nur Aishah Zainol merangkap seorang Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai berganding bahu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia tampil membantu dengan menggerakkan rombongan misi bantuan banjir di Jitra, Kedah.

Misi bantuan digerakkan ke lokasi banjir dengan membawa bekalan makanan harian, keperluan kemas diri seperti barangan mandian, toto serta bantal untuk diserahkan kepada penduduk yang terjejas. Bukan itu sahaja riak air muka beberapa orang penduduk yang terdiri daripada suri rumah terpancar kegirangan ketika menyambut kehadiran rombongan misi bantuan banjir ke tempat mereka.

Saya percaya misi bantuan banjir ke sana bukanlah untuk meraih habuan politik tetapi lebih penting adalah dengan mendahulukan kepentingan penduduk yang terjejas berbanding memikirkan hal yang remeh temeh atau menyemai kebencian kerana ia tidak langsung menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Nur Aishah serta rakan-rakan lain dalam NGO Khidmat Malaysia sebenarnya mencerminkan bahawa wadah politik bukan semata untuk mendapatkan pengaruh atau kuasa akan tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimanakah dapat memberikan penuh bermakna ke atas kehidupan orang lain yang seharusnya dibantu demi menjaga kepentingan kebajikan mereka yakni penduduk terlibat.

Pada hemat penulis, usaha atau inisiatif yang dilakukan oleh Nur Aishah bersama rakan lain bagi menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tempoh hari. Saranan beliau agar pihak-pihak atau badan sukarelawan agar tampil serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain bagi tujuan meringankan beban yang dipikul mangsa banjir kilat. – UTUSAN

PEMERHATI BEBAS POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN