PETALING JAYA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membayangkan bahawa akan bertanding di kawasan lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.
Perkara itu selepas Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat hantaran berterima kasih kepada rakyat di Merlimau dan menyoal beliau akan ke kerusi DUN mana selepas ini.
“Terima kasih Merlimau Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai rambai boleh ke? Atau ada cadangan lain?” katanya dalam hantaran tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Muhamad Akmal pada PRN 2021, memenangi DUN Merlimau selepas memperoleh 3,248 undi majoriti dan menewaskan dua calon lain daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). –UTUSAN











