SETELAH lebih sebulan sejak serangan balas rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza, krisis Israel-Palestin dilihat seakan tiada noktahnya. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 27 Oktober lalu telah meluluskan resolusi gencatan senjata Israel. Bagaimanapun, usaha ini menemui jalan buntu apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan keras menolak resolusi tersebut. Walhal, Israel dengan jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa. Semenanjung Gaza pada masa ini terus berdepan…